Posts

DASAR-DASAR DAN HALA TUJU PENDIDIKAN DI MALAYSIA

Image
Kepentingan Dasar-Dasar Pendidikan Terhadap Kecemerlangan Pendidikan di Malaysia    Dasar-dasar pendidikan di Malaysia di bahagikan kepada empat dasar utama iaitu Dasar Kebajikan, Dasar Solusi, Dasar Kawalan dan Dasar Inovasi. Dasar-dasar ini memainkan peranan yang penting demi hala tuju kecemerlangan pendidikan di Malaysia.    Dasar kebajikan adalah untuk memberi bantuan khususnya kepada para pelajar yang tidak berkemampuan untuk menampung keperluan persekolahan mereka. Pendidikan adalah ke arah mengubah tahap pemikiran, keilmuan, kemahiran dan kemanusiaan kepada tahap yang lebih tinggi. Bagi melaksanakan dasar ini, kerajaan menyediakan peruntukan kewangan yang besar untuk menaja projek-projek pembangunan prasarana dan perkhidmatan. Contohnya kerajaan telah menyediakan pelbagai Bantuan Kewangan seperti biasiswa, PTPTN dan KWAMP, Bantuan Pendidikan seperti RMT,Skim Susu dan derma, Pinjaman Buku Teks dan Perlindungan Pelajar (Skim Insuran Pelajar).    Seterusnya Dasar Solusi yang